Basmallah. Setelah sekian lama tak meng`update`kan
blog. Sehingga terlupa password dan kena buat blog baru. Hari nie terlintas
untuk berkongsi sedikit ilmu berkenaan
dengan usrah. Ada banyak perkara yang boleh dikongsikan daripada kuliah ilmu yang
dihadiri. Namun, bajet penulisan ini tidak melebihi 400 patah perkataan ;)
Semua
orang Islam mengakui usrah ini mesti dilaksanakan kerana amalan usrah ini
merupakan amalan terawal untuk memulakan gerak kerja dakwah islam. Jika kita
selusuri Fiqh Sirah, kita dapati bagaimana
cara rasul s.a.w berdakwah kepada
Saidatina Khadijah dan para sahabat. Apa yang diterima oleh Saidatina Khadijah dan para sahabat akan disampaikan oleh mereka
kepada orang lainnya. Kita dapat lihat melalui usrah inilah berkembangnya Islam kepada Ali bin Abi Talib, Zaid bin harithah,
Abu Bakar dan para sahabat yang lain. Usrah adalah amalan nabi s.a.w dan berjalannya proses
tarbiah. Ahli usrah menerima ajaran s.a.w dengan menjadi pendokong dakwah
islam. Kita lihat rasul s.a.w memikul bebanan tangungjawab dengan mengadakan
usrah bagi berkembangnya ajaran-ajaran
Islam.
Dalam
gerakan Islam mesti ada usrah. Kalau xda usrah akan cacatlah gerakan Islam
tersebut. Usrah merupakan satu amalan yang wajib dalam gerakan walaupun ada kedengaran yang mengatakan
bahawa usrah ini bid`ah dan pendapat ini
adalah tidak diterima sama sekali. Selepas kejatuhan dawlah islam usrah sangat
diperlukan kerana tiada dawlah islam yang menjadi penaung pelindung pembela
umat islam. Dengan berlakunya kezaliman kepada rakyat apabila pemimpin tidak
ambil Islam sebagai prinsip amalan mereka. Kita dapat lihat betapa hinanya
pemimpin Islam yang mengaku Islam terpaksa tunduk kepada Amerika dan Israel dengan bersekongkol bersama mereka serta tak berani menentang dengan apa yang
berlaku di Negara-negara Islam seperti gaza dan sebagainya.
Sekiranya
kita adalah ahli usrah, Alhamdulillah kita adalah rantai rantai pentarbiyah
gerakan Islam. Ini adalah nikmat anugerah yang Allah bagi kepada kita. Allah
Taala bagi peluang kepada kita dengan melalui proses pembentukan peribadi
muslim. Contohnya, dahulu tidak tutup aurat dengan sempurna, solat xcukup.
Kini, terbentuknya proses penyucian jiwa dengan dapat membaiki diri daripada
jahat kearah baik dan daripada baik kearah yang lebih baik. Melalui usrah inilah berlakunya perubahan kelibat peribadi kita,
menjadi muslim, daie, mujahid dan membawa kita kepada amal Jamie dan Ijtima’i.
Akhir
sekali apa yang dapat disimpulkan di sini, dengan runtuhnya dawlah islam yang
terakhir untuk kembalikan Dawlah Islam semula adalah melalui dengan usrah.
ini kata-kata hikmah berkaitan dengan usrah yang diambil daripada internet untuk manfaat bersama.
Rujukan: Ustazah WT bertempat di Kuala
Lumpur.

No comments:
Post a Comment